Bagaimana cara untuk mendapatkan saringan kesihatan PERKESO/SOCSO?
Program saringan kesihatan PERKESO adalah pemeriksaan kesihatan percuma diberi kepada orang berinsurans PERKESO bagi mengenal pasti kumpulan yang berisiko penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease-NCD) seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan lain-lain.
Baucar ini layak diberikan kepada semua pencarum PERKESO yang aktif bekerja yang telah berumur 40 tahun dan ke atas. Baucar ini akan diberikan kepada pekerja yang mencecah umur 40 tahun setiap tahun untuk memberi peluang kepada semua pekerja menjalani saringan kesihatan percuma ini.
Siapa yang layak di bawah HSP?
Warganegara Malaysia
Aktif mencarum dengan PERKESO di bawah Skim Keilatan
Berumur 40 tahun ke atas
Terbuka juga kepada pencarum berumur antara 30 hingga 39 tahun dan mempunyai risiko kesihatan NCD
Cara-cara untuk mendapatkan Baucar untuk mereka yang layak:
Majikan/pekerja boleh menyemak kelayakan HSP di https://sehati.perkeso.gov.my atau download aplikasi mudah alih SEHATi menerusi platform Google Play Store atau Apple App Store untuk proses yang lebih mudah dan fleksible.
Jika layak, anda boleh menetapkan temu janji bagi saringan kesihatan dengan klinik yang berdaftar melalui portal sehat PERKESO sebagai klinik panel Program Saringan Kesihatan. Pekerja boleh melayari laman web sehat.perkeso.gov.my untuk mendapatkan senarai klinik panel.
Jalani saringan kesihatan dengan percuma
Untuk pemeriksaan mammogram, doktor panel akan merujuk pekerja selepas menjalani pemeriksaan standard.
Mengakses keputusan ujian saringan.
Apakah jenis-jenis penyakit yang disaring di bawah program ini?
a) Saringan kesihatan dijalankan untuk mengesan penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease) seperti darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi.
b) Hasil pemeriksaan akan dapat memberi maklumat berkaitan risiko penyakit jantung melalui framingham score.
c) Bagi wanita saringan tambahan disediakan bagi mengesan barah payudara dan barah pangkal rahim.
Terdapat dua (2) jenis baucar yang diberikan kepada pekerja iaitu :
a) Baucar saringan kesihatan untuk lelaki dan wanita; serta
b) Baucar tambahan untuk pemeriksaan mamogram bagi wanita.
Pemeriksaan kesihatan dan ujian pemeriksaan meliputi :
Pemeriksaan kesihatan :
a) Pemeriksaan fizikal
b) Konsultasi
c) Pemeriksaan darah
d) Analisa laporan
e) Khidmat nasihat yang berkaitan
Ujian pemeriksaan :
a) Full blood count
b) Fasting glucose
c) Fasting lipid profile
d) Urine feme / Microalbuminuria
e) Pap Smear (wanita)
f) Mamogram (wanita)
Sila rujuk Doktor Komuniti kami untuk mengetahui pakej kesihatan yang paling sesuai buat anda :
Komen