top of page
Writer's pictureDr. Maz

Panduan Kemasukan ke Sabah untuk Pengembara Domestik

Pada 10 haribulan Oktober 2021, Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pergerakan rentas negeri akan dibenarkan untuk Keluarga Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap. Kebenaran serentak itu berikutan kebanyakan negeri telah mencapai kadar dan purata vaksinasi populasi dewasa and remaja yang cukup memberangsangkan.


Namun untuk pengembara yang ingin melawat negeri Sabah, beberapa syarat masih perlu dipatuhi sehingga pengumuman untuk merentas negeri yang dijangka bermula pada 1 November 2021. Berikut adalah ringkasan garis panduan untuk pengembara domestik yang ingin melawat Sabah.



Bagi individu berstatus “lengkap divaksin” apabila tiba di Sabah:

a) Keputusan NEGATIF ujian COVID-19 RT-PCR “atau” RTK-Ag [swab / saliva] dan ujian yang dilakukan hendaklah disahkan oleh klinik atau makmal yang

melakukan ujian tersebut yang bertauliah dan berdaftar dengan KKM;

b) Tempoh sah laku RTK-Ag dan RT-PCR adalah tiga (3) hari selepas pengambilan sampel sebelum masuk ke Sabah;

d) Sertakan bukti status “lengkap divaksin” semasa penilaian risiko di pintu masuk Sabah; dan

e) Tertakluk kepada penilaian risiko oleh petugas kesihatan di pintu masuk Sabah. Sekiranya bergejala, akan diarahkan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah.


Nota: Kanak-kanak dan remaja di bawah 12 tahun yang memasuki Sabah bersama penjaga yang telah lengkap vaksin dinasihatkan agar menjalankan pemantauan kendiri di rumah selama 10 hari.


Bagi individu yang belum divaksin atau belum lengkap divaksin:

a) Keputusan NEGATIF ujian COVID-19 RT-PCR “atau” RTK-Ag [swab / saliva] dan ujian yang dilakukan hendaklah disahkan oleh klinik atau makmal yang melakukan ujian tersebut yang bertauliah dan berdaftar dengan KKM;

b) Tempoh sah laku RTK-Ag dan RT- PCR adalah tiga (3) hari selepas pengambilan sampel sebelum masuk ke Sabah;

c) Isi eHealth Declaration Form (eHDF) ; dan

d)Sekiranya bergejala semasa penilaian risiko di pintu masuk, akan diarahkan untuk menjalani ujian semula RT-PCR atau RTK-Ag.


 


Pautan Rujukan



 



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi melalui WhatsApp di

+60182157710 atau +60182771257.




1,279 views0 comments

Comments


bottom of page